Teknologi Maklumat dan Isu Keselamatan Negara
Abad ke 21 menyaksikan pendominasian istilah seperti kuasa
siber, internet, ruang maya dan penyebaran maklumat (ICT) di dalam kehidupan
seharian. ICT juga tidak terlepas dalam sistem politik sesebuah masyarakat.
Jika di kaji dalam sudut konsep demokrasi, penyebaran maklumat merupakan salah
satu aspek ciri demokrasi. Definisi demokrasi dilihat tidak lengkap jika tiada
tanpa sistem penyebaran maklumat yang telus, tidak disekat dan apa-apa lagi
yang berkaitan kebebasan media.
Jika diamati, masyarakat tidak dapat lari dari
corak kehidupan yang bergantung kepada ICT. Diringkaskan, corak kehidupan itu
dilihat telah melahirkan satu golongan Teknokrat baru yang mempunyai satu kuasa
; KUASA SIBER (cyber power). Kerbergantungan yang begitu ketara terhadap sistem
teknologi maklumat oleh pelbagai lapisan masyarakat (termasuk kerajaan
memerintah) telah menyebabkan muncul ancaman baru kepada negara. Mungkin ramai
yang tidak begitu arif tentang bahayanya perang siber oleh PENGGODAM atau Hackers.
Mungkin persoalan what can they do? selalu
timbul oleh rata-rata yang tidak tahu kemampuan sebenar hackers. Bayangkan,
dengan menceroboh sistem komputer milik syarikat, kerajaan dan peribadi, mereka
mampu melumpukan sistem tenaga kuasa elektrik, menghantar isyarat kecemasan
melalui pelbagai media dan sterusnya mengisytiharkan darurat, perang dan
sebagainya. Ini jelas menunjukkan kuasa siber yang dimiliki Hackers mampu
menimbulkan persoalan keselamatan kepada negara.
Selain itu sistem penyebaran maklumat ini juga menjadi salah
satu cara penyebaran maklumat kumpulan-kumpulan teroris. Ini juga merupakan
satu ancaman kepada keselamatan negara kerana dikhuatiri rakyat boleh
terpengaruh dengan ‘pujuk-rayu’ ideologi kumpulan pengganas ini. Method ini
merupakan method yang paling digemari oleh kumpulan ini kerana ia adalah lebih
murah, sukar dikesan, capaian yang mudah dan sasarannya jauh lebih besar.
Gerakan nasionalis tamil ; LIBERATION TAMIL TIGERS EELAM dan gerakan pertubuhan
radikal JEMAAH ISLAMIAH merupakan antara gerakan radikat terawal menggunakan
method ini. Mereka menggunakan method ini bg menyebarkan ideologi mereka dan
sekaligus melancarkan perang siber. LTTE pada tahun 1997 dilihat menggunakan
ICT sebagai senjata. Mereka berjaya melumpuhkan capaian komunikasi kedutaan Sri
Lanka dan menghantar pesanan berbunyi “WE ARE THE INTERNET BLACK TIGERS AND WE
ARE DOING THIS DISRUPT YOUR COMMUNICATION”. Perkara sedemikian juga dilakukan
oleh JI. Mereka dilihat mempromosi ideologi mereka dan menyeru agar sistem pengkomputeran
amerika dilumpuhkan.
Di Malaysia pula terdapat isunya yang tersendiri terhadap ancaman ICT. Bagi memastikan ancaman ICT ini sentiasa ‘diperhatikan’,
kerajaan (Malaysia) telah menubuhkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi-Media
(SKMM). SKMM dipertanggungjawab memantau segala aktiviti yang melibatkan ICT di
Malaysia. SKMM akan melaporkan kepada pihak berkuasa tentang apa-apa bentuk
ancaman samada ancaman kepada keselamatan negara dan keselamatan regim. Selain
itu, agensi risikan seperti Special Branch dan Kor Risik DiRaja (ATM) juga
dikatakan mempunyia ICT Team mereka sendiri.
ICT merupakan satu bentuk ancaman baru kepada negara. Ini
ditambah lagi dengan capaian ICT yang sangat berleluasa. Dahulu, hanya gologan
berada dan penduduk di bandar yang mampu mempunyai capaian internet. Namun
kini, capaian internet boleh didapati dimana-mana secara percuma (wireless di
restoran, mall, starbuck, mcdonald). Kebergantungan kepada ICT juga membuatkan
ancaman ini semakin meluas dan serangan boleh terjadi pada bila-bila masa.
saya setuju dengan isu keselamatan yang tidak mendapat perhatian walhal ia sangat penting .
ReplyDeletesatu bentuk penulisan y bagus dan sy bersetuju juga bahawa ict tanpa disedari memang menjadi satu ancaman baru kepada negara.
ReplyDeleteisu ini memang tidak dapat dinafikan sama sekali. namun begitu, adakah anda mempunyai sebarang cadangan atau pendapat sebagai langkah-langkah untuk mengatasi ataupun mengurangkan isu ini?
ReplyDeletesaya setuju. isu ini perlu di ambil berat kerana ia melibatkan keamanan negara. jadi sebagai rakyat kita perlu berhati-hati dan mengambil inisiatif yang sewajarnya.
ReplyDeleteisu ini perlu dititikberatkan..harap pihak berkenaan ambil tindakan dengan segera dan sewajarnya...
ReplyDeleteIsu yang dibicarakan amat bagus dan menarik. walaupun kita maju dalam teknologi namun kita jangan lupa akan keselamatan negara. Hal ini kerana, mungkin kemajuan yang dicapai dalam teknologi boleh juga menggugat keselamatan negara tanpa kita sedar.
ReplyDeleteIsu tentang keselamatan negara ini sememangnya perlu diambil berat dan tindakan yang sewajarnya perlulah dilakukan. Sememangnya tidak dinafikan negara kita mempunyai peralatan teknologi yang tinggi dan mampu bersaing dengan negara-negara yang maju. Isu seperti yang dibicarakan ini kadang kala tidak ramai yang mengetahuinya dan memandang enteng terhadap perkara ini.
ReplyDelete