Monday, 21 May 2012

GAMBAR-GAMBAR BERTEKNOLOGI DAN BERINOVASI



VIOlight Cell Phone Sanitizer adalah alat untuk membunuh kuman dan bakteria yang direka khusus untuk telefon bimbit dan gadget kecil seperti pemain mp3, Bluetooth headset, PDA dan lain-lain. Alat ini menggunakan kuasa 3 bateri AA dan dapat membunuh bakteria termasuk E coli dan virus selesema H1N1 menggunakan sinar UV dalam masa 3 minit. Harganya sekitar USD49.99.

Anjing Bekaki Roda


HOPPA seekor anjing berbaka campuran berusia empat tahun yang tidak mempunyai kaki hadapan menggunakan peranti kaki palsu beroda untuk membantunya bergerak di Tel Aviv, Israel. Alat itu disumbangkan oleh pelajar seni yang menyayangi haiwan, dengan harapan alat bantuan itu dapat meningkatkan keselesaan haiwan tersebut untuk hidup secara normal.

Mancungkan Hidung Anda Dengan Electric Nose Lifter





Electric Nose Lifter ini yang dihasilkan oleh sebuah syarikat di Jepun iaitu Omni.Berdasarkan dari perekanya, cara penggunaan alat ini amat mudah. Dengan hanya meletakkan alat ini pada hudung anda selama 3minit sehari dan alat tersebut akan menjalankan magiknya keatas hidung anda. Omni juga mengatakan bahawa alat ini sesuai dengan pelbagai jenis hidung.
I’m watch

i'm Watch : Jam pintar ini adalah yang termahal kerana teknologi nano yang digunakan dilengkapi dengan Android 1.6 yang dapat dihubungkan ke semua jenis telefon pintar dengan menggunakan bluetooth. Kelebihan I'm Watch ini berbanding dengan yang lain ialah pengguna dapat menjawab panggilan dengan menggunakannya.

Philips Airfryer

Dicipta oleh PT Philips di Indonesia. Perusahaan ini telah melancarkan Philips Airfryer. Alat ini menggunakan teknologi rapid air yang mengalirkan udara panas sebagai pengganti minyak untuk menggoreng. Tanpa minyak  produk ini boleh memasak makanan yang lebih sihat, keranana kandungan lemaknya 80% lebih rendah.
Minyak goreng mengandung lemak tepu yang tinggi sehingga boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam tubuh dan boleh  mengganggu kesihatan.
Saiznya kecil, maksimum 800 gram sahaja boleh diisi. Selain itu, produk ini menggunakan kuasa elektrik yang agak tinggi iaitu 1.425 Watt.

Papan Kekunci Wireless
Pada saat ini Keyboard yang paling canggih adalah keyboard wireless yang menggunakan teknologi bluetooth.namun sekarang ini telah muncul keyboard yang menggunakan teknologi laser atau Virtual laser keyboard(VKB).Alat dari laser ini akan memproyeksikan keyboard virtual di meja atau bahan apapun yang sesuai, dan kemudian menterjemahkan gerakan jadi anda ke PDA atau komputer atau alat apapun yang tersambung. Pada dasarnya persis seperti keyboard biasa, bahkan dilengkapi dengan bunyi ktuts keyboard seperti layaknya keyboard biasa, jadi (setidaknya) anda tidak akan merasa canggung.

Sony LiveView 



Produk dari Sony Ericsson ini menghubungkan telefon pintar anda menerusi bluetooth dan sangat mudah digunakan. Ia dapat menunjukkan mesej, emel dan juga notifikasi daripada daripada telefon pintar anda. Selain itu jam ini dapat digunakan sebagai alat pemain MP3.

Breathing Iphone Charger



AIR mask merupakan satu konsep alat pengecas yang telah diilhamkan oleh Joao Lammoglia berasal daripada Brazil Seperti menjana tenaga elektrik menggunakan turbin angin, alat pengecas ini juga menggunakan konsep yang sama iaitu menukarkan angin daripada pernafasan manusia kepada tenaga elektrik dengan mengunakan turbin angin yang sangat kecil.



1Alat Keselamatan Motosikal


Alat keselamatan ini direka oleh Marc Graells adalah untuk pengguna motosikal. Alat ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai alat sekuriti bahkan ia juga berupaya untuk melindungi motosikal anda daripada sebarang habuk dan kotoran.  Alat ini dilengkapi dengan penggera keselamatan jika terdapat sebarang cubaan untuk mencuri motosikal anda. Inovasi ini mungkin agak baru bagi kita dan akan menjadi salah satu pilihan bagi anda.

Kapsul Elektronik Pintar (ipill)


Syarikat Philips Research telah memperkenalkan kapsul elektronik pintar untuk kegunaan ubat-ubatan farmaseutikal. Sebelum ini, teknologi yang serupa digunakan sebagai alat untuk melihat di dalam usus manusia bagi mengenalpasti jenis dan tahap penyakit. iPill mempunyai saiz yang sama dengan kapsul ubat-ubatan yang biasa dimakan. Cuma ia dilengkapi dengan komputer mikro, pengesan dan pemancar mikro tanpa wayar. Kapsul ini juga boleh ditelan seperti kapsul ubat biasa dengan air dan melalui sistem penghadaman tanpa dimusnahkan. Walaubagaimanapun, ia hanya boleh dipakai untuk sekali sahaja. iPill mendapat sumber kuasa dari bateri silver oxide yang mampu bertahan untuk tempoh 48 jam.




1 comment:

  1. wahh!!alat-alat di atas boleh meringankan kerja seharian..boleh jimat tenaga..memudahkan urusan kehidupan seharian kita sebagai seorang pelajar..

    ReplyDelete