Monday, 21 May 2012

ISU MENGENAI TEKNOLOGI DAN INOVASI

Teknologi Maklumat dan Isu Keselamatan Negara


Pendahuluan
Abad ke 21 menyaksikan pendominasian istilah seperti kuasa siber, internet, ruang maya dan penyebaran maklumat (ICT) di dalam kehidupan seharian. ICT juga tidak terlepas dalam sistem politik sesebuah masyarakat. Jika di kaji dalam sudut konsep demokrasi, penyebaran maklumat merupakan salah satu aspek ciri demokrasi. Definisi demokrasi dilihat tidak lengkap jika tiada tanpa sistem penyebaran maklumat yang telus, tidak disekat dan apa-apa lagi yang berkaitan kebebasan media.
Perkara yang perlu ditekankan
Jika diamati, masyarakat tidak dapat lari dari corak kehidupan yang bergantung kepada ICT. Diringkaskan, corak kehidupan itu dilihat telah melahirkan satu golongan Teknokrat baru yang mempunyai satu kuasa ; KUASA SIBER (cyber power). Kerbergantungan yang begitu ketara terhadap sistem teknologi maklumat oleh pelbagai lapisan masyarakat (termasuk kerajaan memerintah) telah menyebabkan muncul ancaman baru kepada negara. Mungkin ramai yang tidak begitu arif tentang bahayanya perang siber oleh PENGGODAM atau Hackers. Mungkin persoalan what can they do? selalu timbul oleh rata-rata yang tidak tahu kemampuan sebenar hackers. Bayangkan, dengan menceroboh sistem komputer milik syarikat, kerajaan dan peribadi, mereka mampu melumpukan sistem tenaga kuasa elektrik, menghantar isyarat kecemasan melalui pelbagai media dan sterusnya mengisytiharkan darurat, perang dan sebagainya. Ini jelas menunjukkan kuasa siber yang dimiliki Hackers mampu menimbulkan persoalan keselamatan kepada negara.
Selain itu sistem penyebaran maklumat ini juga menjadi salah satu cara penyebaran maklumat kumpulan-kumpulan teroris. Ini juga merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara kerana dikhuatiri rakyat boleh terpengaruh dengan ‘pujuk-rayu’ ideologi kumpulan pengganas ini. Method ini merupakan method yang paling digemari oleh kumpulan ini kerana ia adalah lebih murah, sukar dikesan, capaian yang mudah dan sasarannya jauh lebih besar. Gerakan nasionalis tamil ; LIBERATION TAMIL TIGERS EELAM dan gerakan pertubuhan radikal JEMAAH ISLAMIAH merupakan antara gerakan radikat terawal menggunakan method ini. Mereka menggunakan method ini bg menyebarkan ideologi mereka dan sekaligus melancarkan perang siber. LTTE pada tahun 1997 dilihat menggunakan ICT sebagai senjata. Mereka berjaya melumpuhkan capaian komunikasi kedutaan Sri Lanka dan menghantar pesanan berbunyi “WE ARE THE INTERNET BLACK TIGERS AND WE ARE DOING THIS DISRUPT YOUR COMMUNICATION”. Perkara sedemikian juga dilakukan oleh JI. Mereka dilihat mempromosi ideologi mereka dan menyeru agar sistem pengkomputeran amerika dilumpuhkan.
Di Malaysia pula terdapat isunya yang tersendiri terhadap ancaman ICT. Bagi memastikan ancaman ICT ini sentiasa ‘diperhatikan’, kerajaan (Malaysia) telah menubuhkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi-Media (SKMM). SKMM dipertanggungjawab memantau segala aktiviti yang melibatkan ICT di Malaysia. SKMM akan melaporkan kepada pihak berkuasa tentang apa-apa bentuk ancaman samada ancaman kepada keselamatan negara dan keselamatan regim. Selain itu, agensi risikan seperti Special Branch dan Kor Risik DiRaja (ATM) juga dikatakan mempunyia ICT Team mereka sendiri.
Kesimpulan
ICT merupakan satu bentuk ancaman baru kepada negara. Ini ditambah lagi dengan capaian ICT yang sangat berleluasa. Dahulu, hanya gologan berada dan penduduk di bandar yang mampu mempunyai capaian internet. Namun kini, capaian internet boleh didapati dimana-mana secara percuma (wireless di restoran, mall, starbuck, mcdonald). Kebergantungan kepada ICT juga membuatkan ancaman ini semakin meluas dan serangan boleh terjadi pada bila-bila masa.



7 comments:

  1. saya setuju dengan isu keselamatan yang tidak mendapat perhatian walhal ia sangat penting .

    ReplyDelete
  2. satu bentuk penulisan y bagus dan sy bersetuju juga bahawa ict tanpa disedari memang menjadi satu ancaman baru kepada negara.

    ReplyDelete
  3. isu ini memang tidak dapat dinafikan sama sekali. namun begitu, adakah anda mempunyai sebarang cadangan atau pendapat sebagai langkah-langkah untuk mengatasi ataupun mengurangkan isu ini?

    ReplyDelete
  4. saya setuju. isu ini perlu di ambil berat kerana ia melibatkan keamanan negara. jadi sebagai rakyat kita perlu berhati-hati dan mengambil inisiatif yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  5. isu ini perlu dititikberatkan..harap pihak berkenaan ambil tindakan dengan segera dan sewajarnya...

    ReplyDelete
  6. Isu yang dibicarakan amat bagus dan menarik. walaupun kita maju dalam teknologi namun kita jangan lupa akan keselamatan negara. Hal ini kerana, mungkin kemajuan yang dicapai dalam teknologi boleh juga menggugat keselamatan negara tanpa kita sedar.

    ReplyDelete
  7. Isu tentang keselamatan negara ini sememangnya perlu diambil berat dan tindakan yang sewajarnya perlulah dilakukan. Sememangnya tidak dinafikan negara kita mempunyai peralatan teknologi yang tinggi dan mampu bersaing dengan negara-negara yang maju. Isu seperti yang dibicarakan ini kadang kala tidak ramai yang mengetahuinya dan memandang enteng terhadap perkara ini.

    ReplyDelete