 |
VIOlight Cell Phone Sanitizer adalah alat untuk membunuh kuman dan
bakteria yang direka khusus untuk telefon bimbit dan gadget kecil seperti
pemain mp3, Bluetooth headset, PDA dan lain-lain. Alat ini menggunakan kuasa 3
bateri AA dan dapat membunuh bakteria termasuk E coli dan virus selesema H1N1
menggunakan sinar UV dalam masa 3 minit. Harganya sekitar USD49.99.
Anjing Bekaki Roda
HOPPA seekor anjing berbaka campuran berusia empat tahun
yang tidak mempunyai kaki hadapan menggunakan peranti kaki palsu beroda untuk
membantunya bergerak di Tel Aviv, Israel. Alat itu disumbangkan oleh
pelajar seni yang menyayangi haiwan, dengan harapan alat bantuan itu dapat
meningkatkan keselesaan haiwan tersebut untuk hidup secara normal.
Mancungkan Hidung Anda Dengan Electric
Nose Lifter
Electric Nose Lifter ini yang dihasilkan oleh sebuah
syarikat di Jepun iaitu Omni.Berdasarkan dari
perekanya, cara penggunaan alat ini amat mudah. Dengan hanya meletakkan alat
ini pada hudung anda selama 3minit sehari dan alat tersebut akan menjalankan
magiknya keatas hidung anda. Omni juga mengatakan bahawa alat ini sesuai dengan
pelbagai jenis hidung.
I’m watch
i'm Watch : Jam pintar ini adalah yang termahal kerana teknologi nano yang digunakan dilengkapi dengan Android 1.6 yang dapat dihubungkan ke semua jenis telefon pintar dengan menggunakan bluetooth. Kelebihan I'm Watch ini berbanding dengan yang lain ialah
pengguna dapat menjawab panggilan dengan menggunakannya.
Philips Airfryer
Dicipta oleh
PT Philips di Indonesia. Perusahaan ini telah melancarkan Philips Airfryer.
Alat ini menggunakan teknologi rapid air yang mengalirkan
udara panas sebagai pengganti minyak untuk menggoreng. Tanpa minyak produk ini boleh memasak makanan yang lebih
sihat, keranana kandungan lemaknya 80% lebih rendah.
Minyak
goreng mengandung lemak tepu yang tinggi sehingga boleh meningkatkan kadar
kolesterol dalam tubuh dan boleh
mengganggu kesihatan.
Saiznya
kecil, maksimum 800 gram sahaja boleh diisi. Selain itu, produk ini menggunakan
kuasa elektrik yang agak tinggi iaitu 1.425 Watt.
Papan Kekunci Wireless
|

Pada saat ini Keyboard yang paling canggih adalah keyboard wireless yang menggunakan
teknologi bluetooth.namun sekarang ini telah muncul keyboard yang menggunakan
teknologi laser atau Virtual laser keyboard(VKB).Alat dari laser ini akan
memproyeksikan keyboard virtual di meja atau bahan apapun yang sesuai, dan
kemudian menterjemahkan gerakan jadi anda ke PDA atau komputer atau alat apapun
yang tersambung. Pada dasarnya persis seperti keyboard biasa, bahkan dilengkapi
dengan bunyi ktuts keyboard seperti layaknya keyboard biasa, jadi (setidaknya)
anda tidak akan merasa canggung.
Sony LiveView
Produk dari Sony Ericsson ini menghubungkan telefon pintar anda menerusi bluetooth dan sangat mudah digunakan.
Ia dapat menunjukkan mesej, emel dan juga notifikasi daripada daripada telefon pintar anda. Selain itu jam ini
dapat digunakan sebagai alat pemain MP3.
Breathing Iphone Charger
AIR mask merupakan satu konsep alat pengecas yang telah diilhamkan oleh Joao Lammoglia berasal daripada Brazil
Seperti menjana tenaga elektrik menggunakan turbin angin, alat pengecas ini
juga menggunakan konsep yang sama iaitu menukarkan angin daripada pernafasan
manusia kepada tenaga elektrik dengan mengunakan turbin angin yang sangat
kecil.
1Alat Keselamatan Motosikal
Alat keselamatan ini direka oleh Marc Graells adalah
untuk pengguna motosikal. Alat ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai alat
sekuriti bahkan ia juga berupaya untuk melindungi motosikal anda
daripada sebarang habuk dan kotoran. Alat ini
dilengkapi dengan penggera keselamatan jika terdapat
sebarang cubaan untuk mencuri motosikal anda. Inovasi ini mungkin agak baru
bagi kita dan akan menjadi salah satu pilihan bagi anda.
Kapsul Elektronik Pintar (ipill)
Syarikat Philips Research telah
memperkenalkan kapsul elektronik pintar untuk kegunaan ubat-ubatan
farmaseutikal. Sebelum ini, teknologi yang serupa digunakan sebagai alat untuk melihat di dalam usus manusia bagi mengenalpasti jenis dan tahap penyakit. iPill mempunyai saiz yang sama dengan kapsul ubat-ubatan
yang biasa dimakan. Cuma ia dilengkapi dengan komputer mikro, pengesan dan
pemancar mikro tanpa wayar. Kapsul ini juga boleh ditelan seperti kapsul ubat
biasa dengan air dan melalui sistem penghadaman tanpa dimusnahkan.
Walaubagaimanapun, ia hanya boleh dipakai untuk sekali sahaja. iPill
mendapat sumber kuasa dari bateri silver oxide yang mampu bertahan untuk tempoh
48 jam.